
FAQ
1) Berapa lamakah masa
pembelajaran?
Masa pembelajaran adalah selama 8 jam untuk semua silibus. Apa yang
terkandung dalam sesi pembelajaran itu nanti adalah Candlesticks demond dan supply , Elliott Wave Naked Counting ketiga Fibonacci, dimana anda akan di ajar mengunakaan level-level Fibonacci
yang di gunapakai dalam kiraan Elliott Wave. Yang ke-4 adalah Trendline, yang mana saya akan
menunjukkan kiraan dengan mengunakan trendline terutamanya channel line untuk digabungkan semuanya .
2) Bolehkah saya faham
dengan belajar 8 jam sahaja?
Yang pastinya anda
akan diajar dengan teliti, dan anda harus menghubungi saya melalui E-MAIL . dari sini kita boleh berhubung di talian ini 013-3073050
3) Salam, saya berada di
kelantan dan berminat untuk mengadiri kelas anda, adakah saudara akan datang
kelantan?
Saya akan membuat kelas face to face saya di Starbuck
kajang, kerana tempat ini selesa bagi saya.
Dan untuk mereka yang jauh saya tetap akan membuat di kajang
untuk face to face. Jika anda ingin bermalam disini anda harus memberi tahu
saya terlebih dahulu untuk tempahan bilik hotel. Untuk ini ada di kehendaki
menambah rm100 untuk hotel. Untuk mereka yang berada di Utara, Selatan, Timur dan Barat semua
harus datang ke Kajang kerana hampir dari 100 orang pelajar saya sebelum ini
sanggup datang ke Kajang malahan dari Sarawak dan Brunei juga ada.
4) Bagaimana dengan
seminar, adakah anda akan membuat di tempat kami?
Tidak saya belum berminat untuk membuat seminar di luar kajang hanya ada
permintaan di sabah Sarawak atau Brunei sahaja.
5) Adakah anda sekadar
membuat kelas hanya untuk 1 hingga 2 orang sahaja dalam satu masa?
Ya, untuk satu sesi hanya 1 hingga 2 orang max sahaja. Ini
kerana saya dapat memberi tumpuan dan boleh memberi tunjuk ajar dengan baik dan kini saya hanya membuat seminar maximum 5 orang sahaja per class. kenapa? Saya juga pernah sebagai seorang newbie dan pernah menghadiri seminar yang lebih dari 30orang pelajar , Inpun yang akan di terima semakin rendah walaupun seseorang mentor dan class/seminar itu berqualiti. lebih dari 10 orang didalam class bermakna anda sudah kehilangan masa dan tumpuan dari pihak pengajar. Pengalaman saya ketika saya mengajar lebih dari 10 orang, seorang pelajar bertanyakan soalan dan soalan itu saya perlukan sekurang-kurangnya 15minit jika kesemua betanyakan soalan jadi masa menjadi berkurangan kepada mereka yang telah tahu soalan itu.
6) Bagaimana dengan
pembayaran?
Untuk pembayaran anda boleh membuat pembayaran melalui MAYBANK2U atau CIMB , full payment atau 20% dari jumlah keseluruhan selebihnya pada sesi pembelajaran.
7) Adakah Elliott wave
ini ciptaan kamu?
Tidak, Elliott Wave diasaskan oleh Ralph Nelson Elliott pada
1871-1948. Oleh itu kami hanya mengembangkan lagi ilmu ini yang banyak diguna
pakai oleh trader profesional di seluruh dunia, untuk info ini anda boleh
research info-info Elliott Wave di Wikipedia, Investopedia dan sumber2 lain
seperti blog, websites, forum.
8) Kini kelas forex
bagaikan cendawan tumbuh, adakah seminar/kelas ini sama sahaja dengan seminar/kelas
yang lain?
Tidak di nafikan banyak kelas forex di Malaysia, namun saya tidak mahu
memberi penjelasan terhadap soalan ini. Apa yang saya akan ketengahkan adalah
Skill individu. Dan setiap trader
memiliki kemampuan yang berbeza2, walaupun
seseorang trader itu telah pun berguru dengan guru yang sama dan tidak
semestinya semua akan cemerlang.
9) Adakah Candlesticks , Elliott wave , fibonacci , trendlines
ini mudah digunakan dan boleh menghasilkan profit selepas belajar?
Saya berterus terang menyatakan tidak!.. anda tidak akan
memperolehi profit dengan segera dengan sekadar mengetahui bentuk-bentuk kiraan
dari candlesticks , elliott wave , fibonacci , trendlines itu. Namun selepas anda belajar anda akan lebih memahami
pergerakan pasaran, saya memberi tempoh untuk anda mendalami ilmu in sekitar
1-3bulan selepas belajar. Dan haruslah sentiasa memperbaiki ilmu pengetahuan yang telah di ajar
10) Adakah Analysis yang di ajar berbentuk indicator atau robot seperti yang terdapat di internet?
Candlesticks , Elliott wave , fibonacci , trendlines adalah satu teori yang harus ada didalam minda
, bermaksud ianya harus di pratikkan didalam pasaran forex bermakna disini jika
anda tidak menajamkan ilmu ini maka ianya akan tumpul. Dan tidak ada indicator
atau robot dapat membuat kiraan elliot wave dengan sempurna kerana Elliott wave adalah ilmu minda jadi
ianya memerlukan seseorang yang waras
untuk menganalisa dan bukan indicator dan robot. sama seperti teknikal analysis yang lain.
11) Kenapa perlu tahu
Elliott wave sedangkan robot (EA) boleh memberi keuntungan?
Tidak betul sama sekali. Robot adalah programming dari
manusia dan robot tidak berotak dan berakal. Robot tidak mengenal trend
pasaran, jika anda mengelami keuntungan dengan robot itu hanya bersikat
sementara. Dan semestinya anda tidak akan berjaya dalam perniagaan ini, kerana
perniagaan ini memerlukan akal.
12) Bolehkan saya
dapat harga discount untuk kelas anda?
Tidak, saya sudah menetapkan harga yang mampu di bayar oleh
seseorang pelajar iantu serendah RM770 sahaja dan tambahan RM100 untuk mereka yang jauh
dan tiada penginapan maka saya akan sediakan bilik hotel. Ini kerana apa yang saya
berikan dan ajar adalah skill. Dan kelas saya ini adalah antara yang termurah
berbanding seminar yang mencecah RM1000-RM5000 yang hanya mengajar indicator mahupun
teknik penemuan atau ciptaan mereka sahaja. Dan jika anda tidak mampu untuk membayar rm770 bermakna
perniagaan ini tidak sesuai untuk anda. Pilihlah perniagaan yang tidak memerlukan modal.
13) Saya muskil dengan Candlesticks , Elliott wave dan cara pengunaan Fibonacci adakah betul-betul berkesan dan apa
kaintannya dengan trend line?
Untuk pegetahuan anda Candlesticks , Elliott wave , Fibonacci , Trendlines adalah
tool yang telah diguna pakai oleh pakar2 analisis untuk pasaran, stock,
forex ,index, kommodities dan banyak lagi sejak berzaman abadnya. Pada zaman dahulu kemudahan internet dan computer adalah
terhad. Namun hasil dari kepakaran itu para analisis pasaran hanya
mengunakan pembaris(trendline) geometry dan formula-formula kiraan
matematik untuk menentukan pasaran. Jadi kenapa kita mempertikaikan kehebatan yang telah
terbukti. Sedangkan kita boleh memperolehinya dengan cara belajar .
14) Adakah perlu saya
tahu Candlesticks ,Elliott wave Fibonacci, terndline untuk analisis forex?
Ya mesti! Jika anda tidak menguasai ilmu ini bersamaan anda
mengembara kelautan tanpa
arah tujuan. Apa yang istimewa 4 element ini kerana berkait rapat dan saling perlu
memerlukan.
15) Kita trading forex
boleh jadi jutawan dalam masa singkat, betul ker? kerana saya masih baru 2
bulan dalam forex.
Disini saya berceritakan tentang pengalama saya, selama saya
dalam bidang ini saya tidak pernah terfikirkan untuk jadi jutawan dalam forex,
cukup sekadar untuk memenuhi keperluan keluarga dan tidak bersusah payah untuk
pergi ke pejabat untuk membuat kerja hanya untuk pihak lain. Untuk menjadi jutawan dalam perniagaan ini anda harus untung
sekurang-kurangnya 100,000 ringgit sebulan untuk bergelar jutawan ini kerana
dari segi pengetahuan saya, untuk bergelar jutawan perlulah memiliki wang yang
terkumpul sebanyak 1juta. Jadi Biarlah kita lebih realistic dengan kemampuan
kita sendiri jika anda hanya mampu membuat 100-200 usd dlm sehari, itu sudah cukup
membanggakan.
16) Saya sangat
berminat untuk berjumpa anda dan menghadiri kelas anda berserta dengan isteri
saya, bagaimana dengan pembayaran kami?
Boleh, yuran untuk isteri atau suami anda adalah RM450
sahaja. kawan dan saudara kandung tetap rm770 setiap orang
17) Saudara jika anda
sudah pun jutawan kenapa masih membuat kelas/seminar?
Saya tidak pernah terfikir saya adalah sorang jutawan malahan
bukan pun jutawan, hanya saya berani menyatakan saya adalah seorang full time forex
trader, Pedagang matawang asing. Itu sahaja, dan cukup untuk menanggung
keluarga. Kenapa saya membuat kelas /seminar kerana salah satunya untuk memperolehi
keuntungan. Dan tidak lupa dengan ilmu yang saya ada adalah untuk diajar
kembali kepada orang lain penuh dengan tanggungjawab. Jika anda perhatikan Steve nison, Bill william, hughes ne'il, Peter bain empat mentor forex semunya jutawan forex malah mereka ada membuat seminar, penjualan DVD mencecah $3k USD. setiap seorang. kenapa masih ada yang berminat menghadiri ? kerana di situ ada jalan penyelesaian. fikirkan.....
18) Saya berminat
untuk menghadiri kelas anda tetapi saya tidak mampu untuk yuran penyertaan,
bolehkan saya masuk secara percuma?
Terlebih dahulu saya minta maaf, jawapan saya tidak dapat.
Kerana saya bukan badan kebajikan masyarakat. Memberi perkhidmatan PERCUMA, ini
kerana masa saya adalah emas,berharga jadi setiap pergerakan adalah duit. Jadi
untuk membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan duit lebih baik saya
bersendirian dirumah.
Cuba anda
bayangkan anda di tempat saya suatu hari nanti, atau cuba ingat kembali jika anda
seorang yang terpelajar seperti doctor, pensyarah, mahupun perkerja biasa.
Adakah anda memperolehi pendidikan dengan cara percuma dan hanya perlu menghadiri
kelas dengan percuma? Semestinya tidak!
Jika anda Seorang doctor. Anda akan menghabisan puluhan ribu
ringgi untuk 3-5 tahun belajar. Jadi apa bezanya. Dan kesimpulanya tiada yang
percuma di masa ini. Seandainya saya membuat kelas dengan bayaran setimpal
semestinya saya akan lebih bersemangat untuk mengajar walaupun berat namun jika
difikirkan keuntungan semestinya saya akan mengajar dengan baik.
Kenapa saya tidak memberi PERCUMA? Apa yang saya perolehi
sekarang tidak pernah percuma. Yang paling utama sekali saya telah lama berada
dalam perdagangan ini. Bermakna dari permulaan lagi saya juga pernah mengalami
kerugian lebih teruk. Dari apa yang saya
perolehi sekarang. Jika anda mampu membuka satu akaun sebanyak $1000 dan kenapa
pulak tidak sanggup untuk membayar kelas untuk mengembangkan duit itu. Jadi disini jangan mengharapkan yang percuma, pasti anda juga bergitu.
19) Saya perhatikan
banyak bonus diberikan kepada student menghadiri class anda, adakah itu betul
dan berguna untuk pelajar?
Betul, memang banyak pemberian dari saya, ini adalah koleksi
saya sendiri. Hasil dari pembelian saya di internet dan kesemuanya ini adalah
bermanfaat, malahan pembelajaran yang diberi adalah yang terbaik, jadi
mereka-meraka ini adalah mentor saya. Jadi saya tidak keberatan untuk memberi
kepada pelajar-pelajar saya yang telah hadir ke kelas saya dengan hanya
membayar serendah RM770 anda boleh dapat barangan berharga lebih dari $9k usd. Dan anda
juga akan akan mendapat tunjuk ajar dari saya. Adakah anda sanggup untuk
membeli kesemuanya itu di internet dengan harga $9k sedangkan boleh di perolehi
dengan menghadiri kelas saya? Fikirkan.
20) Adakah anda
seorang forex trader terhebat di Malaysia?
Bedasarkan pengalaman saya yang kuarang dari 5 tahun ini,
Ini sahaja membuktikan saya tidaklah hebat sangat.
Tetapi saya ada solution dan banyak belajar dari mereka yang
telah pun berjaya dan mentor-mentor DVD saya, kebanyakanya mereka berpengalaman
lebih dari 10 tahun dalam urusniaga forex.
21) Salam, saya ingin
bertanya adakah saya akan betul-betul akan memperolehi keuntungan selepas kelas
ini nanti?
Saya seringkali menerima soalan seperti ini. Ok saya tidak
menjaminkan keuntungan mahupun kekayaan. Namun saya akan mengajar anda
bagaimana untuk mengawal kerugian dan mendapatkan profit dengan konsistant. Semestinya saya akan mengajar bagaimana untuk memasuki pasaran itu dalam trend
utama, melawan arah, atau legging berdasarkan ilmu yang akan saya turunkan
kepada anda. Saya tidak menafikan pasaran forex adalah pasaran berisiko tinggi
dan hanya 5% dari 100% yang akan berjaya. Semestinya kita tidak mahu tergolong
dari 95% yang gagal. Jadi kenapa tidak berusaha memperbaiki sikit demi sedikit
kelemahan kita dengan belajar ilmu yang baru. malahan akan berguna di kemudian
hari berbanding dengan mereka yang tidak sanggup keluarkan duit untuk sesuatu
yang baik dan sanggup mengalami kerugian
dari meninba ilmu dari mereka yang berpengalaman.
22) Didalam websites
ini anda tidak menunjukkan sebarang bukti kekayaan anda
untuk meyakinkan pelajar?
Adakah mesti saya menunjukkan bukti saya untuk tatapan umun
kerana sekadar untuk menarik perhatian pelajar. Untuk pengetahuan anda saya
telah pun mengajar lebih dari 100 orang pelajar dengan tiada masalah dan tidak
pernah memberi masalah, namun ada sebilangan masih gagal. Namun pembelajaran
saya tidak semua dapat di terima pakai pelajar saya kerana kehendak dan
penerimaan berbeza-beza. Sebagai contoh, Adakah seorang cikgu sekolah mesti seorang
jutawan untuk mengajar anak muridnya menjadi pandai? Semestinya tidak!. Yang
paling utama adalah pengalaman yang akan di kongsi kepada pelajar itu nanti.
