Assalalamualaikum / salam sejahtera...Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang ke website saya http://azs2503.webs.com , Melalui web ini anda sudahpun maklum ianya sebagai webs belajar forex di malaysia dan telahpun memasuki tahun ke-3.Web ini wujud setelah adanya penerimaan dari trader forex di malaysia dimana mereka mula yakin dengan asas Technical Analysis(TA). Dari detik permulaan saya terlibat secara langsung dalam bidang ini pelbagai dugaan dan rintangan telah ditempuhi. Walaupun masalah pasang surut dan datang silih berganti, namun itu semuanya PERMULAANJika anda seorang trader yang berpengalaman atau masih diperingkat awal, anda tidak akan lari dari pendedahan TA ini kerana hampir kesemua Broker akan menyediakan Tool dan Indicator untuk kegunaan trading. Namun, tidak kesemuanya boleh kita guna ,apa yang perlu anda hanya mengunakan tool dan indicator yang bersesuaian dengan rentak dan keperibadian diri anda. Sebelum anda memulakan sesuatu perniagaan. Tanya pada diri anda sendiri. Apakah yang anda mahu pada pernigaan ini? Perniagaan ini boleh menjadikan anda KAYA RAYA dan tidak mustahil menjadi mimpi ngeri dalam kehidupan anda. Semua terletak pada diri anda, ilmu ada dimana-mana. Anda boleh memperolehi ilmu perdagangan ini dengan cara singkat /cepat mahupun lama/lambat dan tentu kesemunaya ada pro dan contra.Contohnya ada trader yang awal menceburi dalam peniagaan ini dan dalam masa yang singkat terus kaya dan ada pula yang lambat/lama tetapi masih lagi tidak berhasil. kesemua ini bergantung kepada penerimaan dan kesungguhan untuk mengubah sesuatu nasib dalam kehidupan.Tidak dinafikan waktu perdagangan forex adalah flexible, banyak waktu yang terluang tetapi keuntungan masih boleh diperolehi.Seorang trader bebas dari cengkaman kerja pagi sampai petang atau terpaksa berkerja lebih waktu untuk menampung kehidupan. Ini soal masa depan. Anda harus jadi seorang trader yang bijak sama ada anda bertemukan seseorang yang mampu memberi ilmu perniagaan ini dengan total atau sekadar untuk mengambil kesempatan terhadap diri anda. Tepuk dada tanya selera!!, kerana dalam perniagaan internet ada 10 perniaga hanya 2 ke 3 sahaja yang akan memberikan harga dan kualiti yang sebenar kerana gambaran kesemunya nampak profesional tetapi kita belum tahu hakikat yang sebenar. Bukan niat untuk menunding mana-mana pihak tapi ini untuk menunjukkan mana pilihan yang benar ikhlas untuk membantu. Seseorang guru yang bertanggung jawab akan sentiasa highlightkan tentang risiko untuk diselesaikan tapi bukan untuk menutup sesuatu risiko kerana peniagaan ini penuh dengan risiko. Tetapi jangan jadikan risiko itu sebagai satu bebanan dan alasan untuk tidak maju ke hadapan, dalam apa sahaja perniagaan ada risikonya tersendiri. Jadi buat keputusan dengan bijak.
Sejak dari mula kewujudan Forex di malaysia pada awal tahun 2000 dan mula berkembang sekitar 2003/2004 sehingga kini. mungkin ada sebilangan sahaja yang benar-benar berjaya menjadi Fulltime Trader dan ramai lagi yang masih gagal. Dalam kajian saya selama berkecimpung dalam bidang forex ini, mereka yang berjaya adalah hasil dari keyakinan dan "Positive Thinking"dengan TA yang dibuat mahupun Fundamental Analysis (FA) Saya sering dipertemukan dengan mereka yang gemar mengunakan TA atau orang ketiga untuk menganalisakan pasaran forex mahupun yang dijual di internet. Sedangkan kita mampu untuk menjadikan sesuatu indicator dan tool sebagai pertunjuk pasaran yang kita cipta sendiri. Di sini sudah mengambarkan seseorang itu masih mencari arah. Kita digalakkan berkongsi namun lebih baik kita memperhebatkan technical yang kita cipta sendiri daripada sumber yang diperolehi dari guru ataupun internet.
Jika kita perhatikan seorang big trader atau Super trader contohnya Bill Willam(second best trader in the world) beliau adalah seorang TA trader yang berjaya sehingga kini. Dengan hanya mencipta satu TA(Wiseman@Chaos) untuk menjana keuntungan. Dan diterima pakai oleh ramai trader seluruh dunia termasuklah Malaysia, Disini sudah mengambarkan keyakinan pada TA. Sebaiknya anda kenali diri anda dan apakah kemahuan anda dalam trading forex. Jika anda seorang yang masih tercari-cari mulakan dengan TA anda sendiri dari saat ini. Biarlah kita dalam pengembaraan atau pencarian yang lama daripada kita mengembara dengan seorang ketua (Captain) yang akan meninggalkan anda suatu hari nanti. fikirkan....Untuk menjadi seorang trader yang berjaya tidak semestinya harus bersama teori dari TA malahan anda boleh mempelajari ilmu FA. walaupun sejak berkurun lama FA trader tidak sehaluan dengan TA trader dengan moto yang berbeza iaitu seorang FA akan sentiasa bersama 'News move the market" dan TA bermotokan "Follow the trend'.Ini amat jelas berbeza namun matlamat tetap sama untuk memperolehi keuntungan. Kedua-duanya boleh diguna pakai untuk menganalisa pasaran forex. Secara logiknya didalam TA anda mampu melihat berlakunya FA yang akan berlaku dalam beberapa tempoh masa ke hadapan dengan mengabungkan teori elliott wave, fibonacci, trendlines dan candlestick. Oleh kerana empat elemen ini saling perlu memerlukan untuk menentukan arah pasaran.
Sehebat manapun TA atau FA yang kita gunakan jika anda tidak menitik beratkan soal "Money Management" (MM). Jadi usahlah fikir tentang keuntungan terutamanya melibatkan leverage, penggunaan jenis akaun, modal yang bersesuaian atau strategi. MM memerlukan komitmen yang tinggi . Contohnya anda sering dengar orang lain meraih untung $10k USD sehari atau sebulan, tetapi jangan cepat terpengaruh untuk cepat kaya. Mungkin itu rezeki dia. Kemampuan kita hendaklah kita ukur pada badan sendiri. Keuntungan diperolehi itu bergantung kepada modal yang dilaburkan samada banya atau sedikitnya modal tersebut. Jadi MM juga amat penting dititikberatkan kerana ia mempegaruhi untung dan rugi dalam keputusan yang kita buat. Telah dijelaskan bahawa pasaran forex berisiko tinggi. Tidak semua mendapat keuntungan dan tidak semua mendapat kerugian. Jadi fikirkan cara logik dan ambil kebaikan untuk dijadikan tauladan dan sempadan. Dalam forex azam mesti disemat didalam jiwa seseorang sepertimana kita belajar dari permulaan peringkat sekolah rendah hingga menengah terus ke peringkat Diploma, peringkat Doctor falsafah. Anda mampu
mengambil masa belajar sehingga belasan tahun untuk menara gading begitu juga dengan azam dalam belajar forex . Belajar Forex ini mengambil masa untuk difahami ianya bukan bermakan anda sudah mengenali sesuatu TA anda sudah boleh membuat keuntungan. seperti yang didedahkan oleh mereka yang terdahulu asalkan mengenali TA sudah boleh meraih keuntungan jutaan ringgit. fikirkan!!!
Merujuk kajian saya, seseorang trader seharusnya mengenali apa itu teori Elliott wave .Ianya adalah ilmu minda yang harus ada dalam pemikiran seseorang trader bukan kerana saya mendesak anda untuk memperlajari elliott wave daripada saya, anda boleh belajar di mana-mana sahaja. Tetapi ini adalah elemen yang terpenting selepas anda mengenali candlestick anatomi @ pattern. Dari zaman purba Elliott Wave yang di hasilkan oleh Ralph Nelson Elliott pada tahun 1871–1948 untuk menganalisa pasaran , manakala Candlestick pula telah digunakan dan dicipta sejak 1724-1803 oleh Munehisa Homma untuk perdagangan beras sebenarnya ia lebih awal dari elliot wave. Dari ini sahaja ia telah mengambarkan kedua-dua elemen ini adalah penting dalam analysis anda. Secara logiknya adakah anda masih mahu mempertikaikan kewujudan kedua-dua elemen yang telah terbukti.Manakala sebelum kewujudan Candlsetick dan elliott wave seorang pakar metematik sudah pun menemui ratio Fibonacci di zaman purba atau sebelum itu di kenali sebagai Matematik Arab dalam ilmuan Islam, kemudian ianya diperbaharui oleh Leonardo of Pisa sejak 1170 – 1250 yang berasal dari Eropah(Italy) dam dari zaman itu Fibonacci mula berkembang dan diguna pakai sehingga kini malahan bukan sahaja dalam bidang perdagangan juga merangkumi apa yang wujud dialam semesta ini. termasuklah perdagangan dan investasi forex. Untuk memperlajari lebih lanjut empat elemen diatas, anda boleh melayari silibus saya melalui link ini Meskipun kesemua teori-teori diatas telah diulaskan dalam website ini namun ia masih memerlukan pempelajaran secara praktikal untuk menjadikan kita benar-benar mahir dalam Elliott Wave, Fibonacci dan Trendlines. Bagi Candlestick akan dipertontonkan melalui DVD Steve Nilson Candlestick. Untuk mendapat maklumat atau mempelajari pasaran forex ini lebih terperinci boleh "booking" Terima Kasih Dzani 9